Salam Maal Hijrah 1433H buat semua.
melangkah ke tahun yang baru dalam kalendar Islam.
berkait dengan diri sendiri, semoga dapat membuat perubahan dan hijrah ke arah untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Niat yang baik moge dipermudahkan oleh Allah S.W.T. semoga aku sendiri mampu dan cube untuk berusaha dengan memeperbaiki sifat2 buruk aku ni untuk ke arah yang lebih baik.
azam bukan hanya sekadar azam dan dibiarkan tinggal harapan tanpa aku sedikit untuk berusaha menggapainya. menjadikan sebagai semangat dan pendorong agar aku mampu untuk melaksanakan azam dan impian aku dan akan jadikan ianya bukan sekadar angan2, biarpun azam itu hanya seperti "angan2 mat jenin" tp kita sendiri boleh mengubahnya.
"Ya Allah, moga dengan melangkahnya tahun baru ini, aku mohon untuk memperbaiki diriku daripada sifat2 yang tidak baik berubah menjadi baik dengan izin-Mu "
buat sahabat, kenalan mahupun sesiapa, sekiranya aku terleka sedarkan lah dengan memberikan aku teguran :)
p/s: berusaha untuk mencapai kejayaan,kegembiraan buat diri sendiri, menjadi kebanggaan ibu dan ayah serta keluarga :)